Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca blog ini.
Inilah kisah menjejaki puncak Gunung Kerunai, di mana susulan kisah 5 tahun yang lalu aku semasa aku di puncak Gunung Kenderung, sorang sorang tertanya tanya kenapa puncak Gunung Kerunai amat jarang di jejaki, jika di jejaki pun menggunakan trek lama di sebelah perkampungan Kerunai.Itupun kena naik powil dgn jarak yang agak jauh. Setelah lama aku melihat peta..aku simpulkan bahawa lebih baik gunakan starting point ke gunung Kenderung untuk ke Gunung Kerunai supaya senang untuk membuat Trans Double K atau X2K.
Dalam gambar dapat di lihat dengan jelas puncak G. Kenderung dan puncak G. Kerunai. Perjalanan aku bersama 3 rakan lagi adalah untuk membuka trek ke Puncak Kerunai..haa..dari dalam gambar itulah lorong kami guna sementara mengenal pasti titik untuk di istiharkan sebagai starting point atau kaki gunung Kerunai.
Inilah starting point yang telah di kenal pasti..maka bermulah lah kerja menebas, mencari lorong dan membuat lorong.
Kira kira pukul 9.30am kami sampai di Dataran Ampat. Dataran Ampat di beri nama di mana dataranini mempunyai pemandangan matahari terbit yang cantik dan amat santai kerana laluan angin yang sejuk dan perlahan.
Inilah Dataran Ampat...take 10..untuk minum air dan melihat pemandangan .Trekking disambung semula seperti biasa dengan aktiviti pangkas memangkas dengan menggunakan parang. Sepanjang jalan sememangnya panas dengan cahaya matahari..bersama dengan pembukaan trek dan kegiatan memangkas pokok pokok...kami keletihan yang amat sangat.haa tengok gambar di bawah tu.Berehat di bawah pokok rendah sambil berdoa moga dapat cuaca redup daripadaNya.
Link video kawasan ini boleh di lihat di sini:
Salah sorang team member yang membuat marking mengunakan plastik merah putih.
Salah satu view di sepanjang permatang laluan.
Kami meneruskan perjalanan setelah lebih kurang 20min berehat..alhamdulillah di sepanjang jalan cuaca redup..sambil pangkas, meredah, membuat marking tiba tiba di serang oleh sekumpulan kerengga...yelaa..kami dah melalui kawasan mereka..kelam kabut kami cabut beg dan mengibas kerengga.Bila di perhatikan betul betul sememangnya banyak sarang sarang kerengga yang melintasi laluan yang kami lalu..maaf ye kerengge...heheh...
Pukul 11.30am..kami sampai di lembah PG...Lembah ini di beri nama kerana kami terpaksa menuruni permatang batu lebih kurang 50meter..sebelum menyambung trekking dan aktiviti memangkas terus sampai ke puncak.Dipendekkan cerita, kira kira tepat pukul 3 petang kami kesemua sampai di puncak Gunung Kerunai.
Puncak Gunung Kerunai agak unik kerana permukaannya mempunyai lumut yang lembut dan agak lembab..selesa berjalan dia atas tanpa memakai kasut atau selipar...boleh di lihat gambar kami tanpa sebarang kasut atau selipar.
Video boleh di lihat di sini
Dengan terbukanya trek ini, maka trans Kerunai Kenderung dapat di lakukan kerana ianya melalui laluan yang sama ke Gunung Kenderung.Semoga marking yang kami buat dapat di gunakan oleh pendaki pendaki yang akan datang untuk sampai ke puncak Kerunai.Sekiann....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan