Kampung di Pergunungan
Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca blog ini.
Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca blog ini.
Cerita kali ini adalah menjejaki sebuah gunung di mana terserempak dengan perkara di luar jangka.
Lokasi: Rahsia
Tarikh: Ogos 2013 (baru lagi)
Di pendekkan cerita, apabila dah sampai di puncak aku terasa pelik ada wujudnya seperti singgah sana kecil yang agak bersih di kelilingi oleh pokok pokok yang agak tinggi menutupi singgah sana tersebut. Singgah sana yang aku maksudkan adalah seperti tempat berehat atau chalet terbuka yang boleh melihat permandangan di luar.
Di tepi singgah sana ada sebuah batu yang besar dan mempunyai beberapa corak yang kurang menarik dan ada sebuah pintu. Yang peliknya ada beberapa individu yang sedang membaringkan diri di lantai singgah sana berlapikan tikar mengkuang seoalah-olah menunggu sesuatu.Yang anehnya diri ku tak di pedulikan mereka.
Munculnya seorang budak perempuan yg berpakaian seperti zaman kesultanan melayu dahulu.
Nampak persis seperti raja/penjaga kawasan tersebut.Bertanya tentang hajat saya serta berdialog ringkas dengannya. Ganjil gaya atau loghat nya seperti yang terdapat dalam buku Sejarah Melayu dan sungguh petah.Percakapan beliau adalah laju atau non-stop atau seperti leteran hingga aku tak berpeluang untuk mencelah.Segala percakapan beliau di tujukan kepada individu-individu yang tengah lepak atas tikar mengkuang.
Aku menuruni kawasan puncak gunung tersebut dan sampai pada sebuah perkampungan melayu.Uniknya pemakaian penduduk di sini sememangnya cantik yang perempuan berbaju kurung berkilat dan yang lelaki berbaju melayu serta berkain sampin yang cantik.Terasa aneh dan nak tergelak pun ada,tapi aku control jer la...keep exploring...Beberapa individu yang aku bertemu semasa di atas singgah sana sedang berehat di kampung yang sama serta menerima persalinan kain sampin yang cantik beserta keris. Isk...depa dapat free ker?....aku meminta barang yang sama tapi tak di beri. Aku cuma di beri satu sampul putih.Macam sampul jemputan kenduri la.
Di kampung ini mempunyai satu alur sungai dan di kiri dan kanan sungai mempunyai penjaga.Entah laa aku pun tak tahu..apa yang nak di jaga, riak muak penjaga tersebut agak garang dan secara berisyarat mereka tak benarkan 'orang luar' masuk. Entah la...
Di pendekkan cerita setelah pulang kerumah, kepala hotak aku di penuhi dengan seribu satu persoalan samada yang telah ku tahu jawapannya dan belum ku tahu jawapannya.
Selain cerita menjejaki gunung, cerita cerita yang di luar jangka akan juga di kongsikan di dlm blog kisahpenjejak ini. Cerita di atas telah di pendekkan di mana ada banyak bahagian terpaksa di rahsiakan kerana bagi saya ianya terlalu 'asing' bagi pembaca dan juga bagi diri saya sendiri.
Sekian..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan