Selasa, 24 Disember 2013

Kampung di Pergunungan

Kampung di Pergunungan

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca blog ini.
Cerita kali ini adalah menjejaki sebuah gunung di mana terserempak dengan perkara di luar jangka.

Lokasi: Rahsia
Tarikh: Ogos 2013 (baru lagi)

Di pendekkan cerita, apabila dah sampai di puncak aku terasa pelik ada wujudnya seperti singgah sana kecil yang agak bersih di kelilingi oleh pokok pokok yang agak tinggi menutupi singgah sana tersebut. Singgah sana yang aku maksudkan adalah seperti tempat berehat atau chalet terbuka yang boleh melihat permandangan di luar.

Di tepi singgah sana ada sebuah batu yang besar dan mempunyai beberapa corak yang kurang menarik dan ada sebuah pintu. Yang peliknya ada beberapa individu yang sedang membaringkan diri di lantai singgah sana berlapikan tikar mengkuang seoalah-olah menunggu sesuatu.Yang anehnya diri ku tak di pedulikan mereka.

Munculnya seorang budak perempuan yg berpakaian seperti zaman kesultanan melayu dahulu.
Nampak persis seperti raja/penjaga kawasan tersebut.Bertanya tentang hajat saya serta berdialog ringkas dengannya. Ganjil gaya atau loghat nya seperti yang terdapat dalam buku Sejarah Melayu dan sungguh petah.Percakapan beliau adalah laju atau non-stop atau seperti leteran hingga aku tak berpeluang untuk mencelah.Segala percakapan beliau di tujukan kepada individu-individu yang tengah lepak atas tikar mengkuang.

Aku menuruni kawasan puncak gunung tersebut dan sampai pada sebuah perkampungan melayu.Uniknya pemakaian penduduk di sini sememangnya cantik yang perempuan berbaju kurung berkilat dan yang lelaki berbaju melayu serta berkain sampin yang cantik.Terasa aneh dan nak tergelak pun ada,tapi aku control jer la...keep exploring...Beberapa individu yang aku bertemu semasa di atas singgah sana sedang berehat di kampung yang sama serta menerima persalinan kain sampin yang cantik beserta keris. Isk...depa dapat free ker?....aku meminta barang yang sama tapi tak di beri. Aku cuma di beri satu sampul putih.Macam sampul jemputan kenduri la.

Di kampung ini mempunyai satu alur sungai dan di kiri dan kanan sungai mempunyai penjaga.Entah laa aku pun tak tahu..apa yang nak di jaga, riak muak penjaga tersebut agak garang dan secara berisyarat mereka tak benarkan 'orang luar' masuk. Entah la...

Di pendekkan cerita setelah pulang kerumah, kepala hotak aku di penuhi dengan seribu satu persoalan samada yang telah ku tahu jawapannya dan belum ku tahu jawapannya.

Selain cerita menjejaki gunung, cerita cerita yang di luar jangka akan juga di kongsikan di dlm blog kisahpenjejak ini. Cerita di atas telah di pendekkan di mana ada banyak bahagian terpaksa di rahsiakan kerana bagi saya ianya  terlalu 'asing' bagi pembaca dan juga bagi diri saya sendiri.

Sekian..


Sabtu, 14 Disember 2013

Pembukaan trek Gunung Kerunai(1000m) di Grik.Kedah (7Dec 2013)

Gunung Kerunai

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca blog ini.
Inilah kisah menjejaki puncak Gunung Kerunai, di mana susulan kisah 5 tahun yang lalu aku semasa aku di puncak Gunung Kenderung, sorang sorang tertanya tanya kenapa puncak Gunung Kerunai amat jarang di jejaki, jika di jejaki pun menggunakan trek lama di sebelah perkampungan Kerunai.Itupun kena naik powil dgn jarak yang agak jauh. Setelah lama aku melihat peta..aku simpulkan bahawa lebih baik gunakan starting point ke gunung Kenderung untuk ke  Gunung Kerunai supaya senang untuk membuat Trans Double K atau X2K.
Dalam gambar dapat di lihat dengan jelas puncak G. Kenderung dan puncak G. Kerunai. Perjalanan aku bersama 3 rakan lagi adalah untuk membuka trek ke Puncak Kerunai..haa..dari dalam gambar itulah lorong kami guna sementara mengenal pasti titik untuk di istiharkan sebagai starting point atau kaki gunung Kerunai.


Inilah starting point yang telah di kenal pasti..maka bermulah lah kerja menebas, mencari lorong dan membuat lorong.

Kira kira pukul 9.30am kami sampai di Dataran Ampat. Dataran Ampat di beri nama di mana dataranini mempunyai pemandangan matahari terbit yang cantik dan amat santai kerana laluan angin yang sejuk dan perlahan.


Inilah Dataran Ampat...take 10..untuk minum air dan melihat pemandangan .Trekking disambung semula seperti biasa dengan aktiviti pangkas memangkas dengan menggunakan parang. Sepanjang jalan sememangnya panas dengan cahaya matahari..bersama dengan pembukaan trek dan kegiatan memangkas pokok pokok...kami keletihan yang amat sangat.haa tengok gambar di bawah tu.Berehat di bawah pokok rendah sambil berdoa moga dapat cuaca redup daripadaNya.
Link video kawasan ini boleh di lihat di sini:
Salah sorang team member yang membuat marking mengunakan plastik merah putih.
Salah satu view di sepanjang permatang laluan.


Kami meneruskan perjalanan setelah lebih kurang 20min berehat..alhamdulillah di sepanjang jalan cuaca redup..sambil pangkas, meredah, membuat marking tiba tiba di serang oleh sekumpulan kerengga...yelaa..kami dah melalui kawasan mereka..kelam kabut kami cabut beg dan mengibas kerengga.Bila di perhatikan betul betul sememangnya banyak sarang sarang kerengga yang melintasi laluan yang kami lalu..maaf ye kerengge...heheh...
Pukul 11.30am..kami sampai di lembah PG...Lembah ini di beri nama kerana kami terpaksa menuruni permatang batu lebih kurang 50meter..sebelum menyambung trekking dan aktiviti memangkas terus sampai ke puncak.Dipendekkan cerita, kira kira tepat pukul 3 petang kami kesemua sampai di puncak Gunung Kerunai.
Puncak Gunung Kerunai agak unik kerana permukaannya mempunyai lumut yang lembut dan agak lembab..selesa berjalan dia atas tanpa memakai kasut atau selipar...boleh di lihat gambar kami tanpa sebarang kasut atau selipar. 
Video boleh di lihat di sini
Dengan terbukanya trek ini, maka trans Kerunai Kenderung dapat di lakukan kerana ianya melalui laluan yang sama ke Gunung Kenderung.Semoga marking yang kami buat dapat di gunakan oleh pendaki pendaki yang akan datang untuk sampai ke puncak Kerunai.Sekiann....