Jumaat, 10 Januari 2014

Gunung BUBU

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca blog ini...
Di harap anda semua mempunyai kesihatan yang baik....baik dari segi mental mahu pun fizikal.

Ok ceritera kali ini adalah menjejaki Gunung BUBU.

Gunung Di Jejak:Gunung Bubu
Ketinggian:1568m
Tarikh:30, 31 Jan -1 Feb 2010 (3 hari 2 malam)

Pendakian ke gunung bubu ini adalah santai....mengambil masa 3 hari 2 malam...dan ia di jejaki pada tahun 2010.Sebenarnya much earlier tp aku cerita yg ni sbb aku mempunyai catatan bertulis pada tahun 2010.


Gunung ini terkenal dengan banyaknya pacat yang menunggu di sepanjang trek.kalau anda rasa gunung bintang, gunung korbu dan lain lain banyak pacat, tapi percayalah..gunung ini adalah gunung paling banyak pacat. Walaubagaimana pun..sebenarnya aku terselamat dari serangan pacat ini....so...bagaimana aku buat arr? Akan aku ceritakan ...

Hari pertama(30 Jan)
Tiba di Kuala Kangsar, Perak. Bergambar di sebuah pohon getah yang terlama di Malaysia dgn umur pokok ini melebihi 133 tahun.

Bersarapan ...seterusnya bersama sama rakan rakan bersiap dan mengambil gambar beramai ramai.
Memang ramai..meriah..macam macam ragam...yang laju...yang slow...yang macam macam ada....
Bersenam...dan start trekking..gambar di bawah menunjukkan aksi aksi permulaan semasa trekking..santai dan memang santai...jangan takut..tak lari gunung di kejar..

Yang menariknya terdapat sungai di mana ikan ikan di sini jinak...kalau bukan tujuan aku di sini adalah menjejaki gunung, dah lama aku tangkap ikan ikan di sini. Tu har gambar...

Kira kira pukul 12.00tghri kami pun berhenti utk makan....dan pukul 1.30tghri kami sambung semula trekking.Sepanjang perjalanan beberapa entiti semulajadi telah aku tangkap untuk tatapan bersama di bawah.

Kira kira jam 4.30pm...kami sampai di campsite...
Berbagai bagai ragam boleh tengok...setup khemah, kegembiraan kerana dah sampai..dan bermacam macam lagi..



Waktu malam...macam biasa...makan ..bersembang...aku kata kat hang..hang kata kat aku...dan tido....

31 Jan(Hari Kedua)
Bangun awal....breakfast...dan bersenam....hari kedua adalah hari paling mencabar..kerana trek adalah mencanak....dari 80 hingga ke 90 darjah...betul ..tak tipu...kalau kata aku tipu...naik sendiri yee..

Kira kira pukul 11.00 tghri....kami sampai di LWP(Last Water Point). Top up air...dan sesungguhnya beg memang berat.....dan tiba masanya utk memanjat dgn lebih extreme...yakni 90 darjah...tanpa berenti selama sejam ...percaya dak?  jangan percaya...naik sendiri ok..hehehe....


Akhirnya..sampai di puncak..kami pun bergambar.....isk..bosan jugak tulis blog ni kan???...kan kan?
Tapi memandangkan semangat untuk share cerita kepada pembaca pembaca...(ada ke org baca?) aku teruskan..


Di pendekkan cerita, kami semua menuju ke kemsite...dan gambar di bawah menunjukkan pemandangan dari kemsite..

Macam mana? cantik tak?...gambar agak blur..macam biasa aku printscreen dan copy paste daripada original document yang aku buat.

Petang tersebut..aktiviti santai di lakukan..aku kata kat hang..hang kata kat aku...makan makan..sembang sembang..ada yang berbaju melayu...ada yang masak special..dan ada yang keboringan pun ada..heehehe

Pada waktu malam..biasa ja...masak memasak...main teka teki....aku kata kat hang dan hang kata kat aku..
di pendekkan cerita..tiba tiba...mereka semua terkejut melihat aku melompat keluar dari bawah flysheet...aku melompat dan berlari ke satu tempat....dan aku menjerit memanggil semua..melihat pemandangan yang amat menakjubkan...iaitu....bulan penuh dan di bawahnya adanya awan berarak...
Lihat di bawah......ini saja yang sempat di rakam kerana kamera aku jenis murah..dan bergerak...

Macam mana...cantikkan kan?......sejak dari peristiwa malam ini....aku sentiasa teringin untuk melihat bulan penuh di puncak gunung...inilah menjadi titik permulaan di mana aku mula menjejaki puncak gunung pada waktu malam hanya kerana nak melihat bulan penuh..salah satunya yang lain adalah gunung baling...akan di ceritakan kemudian. Setelah puas bergambar dan melihat..kami pun tido........

1 Feb (Hari ketiga)
Bangun awal...solat...dan cepat cepat ke tempat view untuk melihat matahari terbit...haa..gambar di bawah ni...

Hampir terbit....


Terbit....cantikkan...awan di bawah.....langit di atas...



Memegang matahari...hehehe
Dan di bawah...adalah pemandangan matahari terbit yang cantik..bagi aku laa....



SubhanaAllah...cantikkan?...



Koleksi bergambar beramai ramai..


Selepas puas mengambil gambar...bersarapan..bersiap...dan pada sekitar pukul 10.00pagi..kami pun turun..
Semuanya selamat sampai di starting point. Tamatnya kisah gunung Bubu..

Macam mana...tiba giliran anda pula untuk menjejaki gunung bubu.....selamat maju jaya....
Sekian....





















Khamis, 2 Januari 2014

Gunung Bintang

Gunung Bintang

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca blog ini.
Selamat Tahun Baru 2014 di ucapkan kepada semua..aku tiada azam baru...nanti yang di kejar tak dapat yang di kendong keciciran..Apa azam anda?...heheh
Ok cerita kali ini adalah sebuah menjejaki sebuah gunung di sebelah utara semenanjung Malaysia iaitu Gunung Bintang.

Gunung Di Jejak: Gunung Bintang
Ketinggian: 1863m
Tarikh: 6 & 7 Mac 2010( 4 tahun yang lalu)

Kebanyakan pendaki-pendaki mendaki gunung ni selama 3hari 2 malam, tidak keterlaluan sepengalaman aku group kamilah yang memulakan pendakian ke puncak Gunung Bintang selama 2 hari dan 1 malam. Di mana ianya telah menjadi ikutan kepada pendaki pendaki yang tidak mempunyai masa atau cuti yang lebih untuk memanjang jangka pendakian ini.Gunung ini telah aku jejaki lebih kurang 4 kali dan setiap kali itulah selepas turunnya dari puncak gunung ini aku akan mengeluh utk tidak kembali ke gunung ini. Tapi aku tetap kembali..kenapa yee?

Hari pertama( 6 Mac)
Bangun lewat!!!..Selewat pukul 5.00pagi!! yang pada awalnya berjanji dengan rakan penjejak yang lain se awal 3.00pagi. Cepat cepat sms rakan2 yang lain untuk berkumpul di Pekan Kulim untuk menemui rakan aku yang mempunyai sebiji powil(4Wheel).

Di pendekkan cerita.
8.05am dah sampai starting point Gunung Bintang..
Cepat cepat bersiap dan warming up.dan start trekking seawal 8.20am.
Bermacam macam rintangan yang di lalui dari merendah pokok paku pakis kepada merangkak melalui pokok pokok buluh yang terbalik.

Sekitar pukul 10.20am kami telah di tiba di air terjun.

Gambar tak beberapa terang kerana aku telah cut and paste daripada document asal.
Rehat selama lebih kurang 40min, layan air terjun, rehatkan kaki dan lain lain.

11.00am, kami menyambung semula pendakian.Semasa di dalam perjalanan beberapa benda yang menarik telah kami temui..Antaranya tapak kaki gajah yang kelihantan seperti bermain sliding.

Kami hanya melihat, sekali sekala tergelak bila terbayangkan gajah bermain sliding. Agaknya seperti iklan sabun dalam iklan tv.hehe...
Sekitar pukul 2.15pm kami telah tiba di Kem Bunian. Kenapa ia di namakan Kem Bunian? Kalau korang nak tahu, tempat itu sememangnya perkampungan bunian dulu. Tak percaya? Terpulanglah..
Gambar di bawh menunjukkan kami makan tenghari dan juga punca air terakhir sebelum meneruskan pendakian ke puncak G. Bintang.


Tepat pukul 3.00pm, kami sambung semula pendakian, sepanjang pendakian kami menemui beberapa spot spot yang menarik seperti gambar di bawah.

Sekitar 5.35pm, kami sampai di Kem Bonsai, kenapa bonsai? kerana adanya lumut lumut dan pokok ala bonsai di sekitarnya.

Selepas mengambil gambar, cabaran lebih sukar mendatang, antaranya 85 darjah panjat!!!

Sepanjang laluan  yang mencabar ini tetiba kami menemui tapak kaki harimau..haa..tu gambar di bawah tu.

Kira-kira pukul 6.30pm akhirnya kami sampai di puncak Gunung Bintang.
Serta, hendak di jadikan rezeki kepada kami, kami dapat melihat keindahan matahari terbenam.SubhanaAllah cantik.


Pada malam tersebut kami hanya makan malam dan bersembang serba sedikit. Hanya sekadar berkongsi beberapa cerita dan seterusnya tidur.Suhu sememangnya sejuk sekita 18 hingga 20 darjah celcius.
Kawasan perkhemahan kami di waktu malam

Hari Kedua 7 Mac
Bangun seawal 5.45am untuk solat subuh seterusnya menunggu matahari terbit. Kali ini kami berpeluang untuk melihat matahari terbit. Sila lihat gambar di bawah.

Cantikkan?..   :)


Setelah selesai bergambar sepuasnya kira kira pukul 10.00am kami terus  trekking turun.Di pendekkan cerita kami sampai di starting point semula pada pukul 6.45pm di mana powil kami telah tersedia menunggu.

So macam mana? Menarik tak Gunung Bintang? walaupun ianya tak setinggi 2XXXm, tapi percayalah ianya menjanjikan cabaran yang anda tak akan lupa sehingga akhir hayat. Apa lagi pergi sendiri, panjat sendiri, tengok sendiri  dan rasa sendiri...

Sekian....